Disclaimer : Saya telah mendapat maklumat ini daripada hasil pencarian saya sendiri.
BANTUAN KHAS COVID-19 ( NADMA )
SYARAT KELAYAKAN
📎 Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi tidak dibayar gaji kerana dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19. Tanggal bermulanya perintah hendaklah tidak melebihi 31 Disember 2020.
📎Warganegara Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan atau gaji mereka tidak dibayar kerana sedang menjalani rawatan di hospital disebabkan oleh Covid-19. Tanggal rawatan di wad hendaklah tidak melebihi 31 DISEMBER 2020.
PEMOHON YANG TIDAK LAYAK
📎Bukan warganegara Malaysia
📎Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
📎Dikenakan kuarantin atau pun rawatan setelah 31 Disember 2020
📎Jika anda menerima gaji walaupun dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian ataupun sedang dirawat di hospital disebakan covid-19, anda masih tidak layak untuk bantuan ini
Kadar bantuan
📎Calon yang layak akan mendapat bantuan RM100 SEHARI sepanjang tempoh perintah dikenakan ataupun semasa anda dirawat disebabkan covid 19.
Kaedah permohonan
1. Anda hendaklah memuat turun dokumen di laman web ini http://www.nadma.gov.my
⚫ Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19
⚫Borang akuan kehilangan pendapatan
⚫Surat perwakilan kuasa kepada waris(jika tiada akaun bank)
2. Permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar melalui pos NADMA di alamat :-
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
DOKUMEN YANG ANDA PERLUKAN
1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 .
2. Salinan kad pengenalan
3.Dokumen KKM
4.Borang Akuan Kehilangan Pendapatan
5. Salinan penyata bank
PENAFIAN
NADMA berhak untuk menolak permohonan yang tidak mencukupi atau menepati syarat.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut atau mempunyai kekeliruan,hendaklah merujuk laman web rasmi NADMA