Hal ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan kita semasa Pembentangan Bajet 2021 beberapa hari yang lalu.
DISCLAIMER : Maklumat yang disampaikan adalah berdasarkan pencarian saya sendiri.
BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021
📎Masih ramai lagi orang yang tertanya-tanya, apakah itu BPR?
Bantuan Prihatin Rakyat atau dikenali sebagai BPR yang menggantikan BSH iaitu Bantuan Sara Hidup.
📎Sejak bilakah bantuan ini diperkenalkan?
Bantuan ini telah diperkenalkan oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan bajet 2021 beberapa hari yang lepas
📎Adakah saya perlu membuat permohonan baru untuk BPR ini?
Ia akan ambil maklumat data daripada BSH sebelum ini.
📎Berapakah bantuan yang akan diberikan mengikut setiap kategori?
Saya akan ringkaskan segalanya di bawah. 👇
JUMLAH BAYARAN BPR 2021
>Isi rumah pendapatan kurang daripada RM2500 (Anak tidak lebih satu) akan mendapat RM1200
>Isi rumah pendapatan kurang daripada RM2500 (Anak 2 orang atau lebih) akan mendapat RM1800
>Isi rumah pendapatan RM2501 hingga RM4000 (Anak tidak lebih satu) akan mendapat RM800.
>Isi rumah pendapatan RM2501 hingga RM4000 (Anak 2 orang atau lebih) akan mendapat RM1200
>Isi rumah pendapatan RM4000 ke RM5000 (Anak tidak lebih satu) akan mendapat RM500.
>Isi rumah pendapatan RM4000-RM5000 (Anak 2 atau lebih) akan mendapat RM750
>Bujang pendapatan RM2500 ke bawah dan berumur 21 tahun ke atas akan mendapat RM350
Itu sahaja senarai bantuan yang ditawarkan dalam BANTUAN PRIHATIN RAKYAT, BPR. Semoga dengan adanya bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang kita hadapi.
Berkenaaan dengan permohonan BPR, kita hanya perlu tunggu lagi pengumuman yang akan diberikan nanti kerana BPR ni baru sahaja diperkenalkan dan belum ada portal rasmi. Terus setia menanti info terbaru daripada laman web ini.