Disclaimer : Info yang saya perolehi adalah sah dan didapatkan melalui pihak LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA. (LHDNM)
TARIKH KEPUTUSAN RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP FASA 3
Berdasarkan maklumat yang telah saya dapatkan daripada LHDN, beliau memaklumkan bahawa pemohon boleh membuat semakan rayuan BSH pada
16 November 2020.
Hal ini juga telah disampaikan oleh LHDN sendiri dengan menampal notis yang berkaitan dengan rayuan BSH tersebut.Saya harap orang ramai tidak akan lagi keliru dengan perkara ini.
📎SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON RAYUAN BSH
-Warganegara Malaysia
-Hendaklah mereka yang menetap di Malaysia sahaja
-Lelaki atau wanita yang menjadi ketua isi rumah yang berpendapatan RM4000 sebulan dan ke bawah
-Memiliki pasangan Warganegara Malaysia atai memliki MyPR/MyKAS
-Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara.
📎SYARAT KELAYAKAN ANAK DAN HUBUNGAN DENGAN ANAK:
-Anak kandung atau angkat yang berdaftar di JPN
-Warganegara
-Tiada mata pendapatan
-19 tahun ke atas dan masih belajar di Universiti Awam.
📎PLATFORM SEMAKAN PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020
Kepada anda yang telah membuat rayuan,anda boleh semak status permohonan di portal rasmi Bantuan Sara Hidup bermula 16 November 2020.
Anda perlu melayari https://bsh.hasil.gov.my/ untuk membuat semakan.
Jangan ketinggalan info mengenai BPR di sini : INFO BANTUAN PRIHATIN RAKYAT