Tarikh Rasmi Semakan GKP 2.0 Bermula Pada 27 November 2020.

ADMIN PIAN

Telah menjadi bualan mulut orang ramai berkenaan dengan tarikh sebenar untuk membuat semakan Geran Khas Prihatin 2.0 atau lebih dikenali sebagai GKP 2.0. 

TARIKH SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN 2.0

Kepada yang belum tahu, permohonan untuk GKP 2.0 ini telah dibuka pada 1 Oktober yang lalu dan berlangsung selama sebulan sehingga 31 Oktober 2020.

Sebeluk ini , terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa tarikh untuk menyemak Geran Khas Pirhatin ini adalah pada 15 November 2020. Walau bagaimanapun, pemohon tidak dapat untuk membuat semakan pada hari tersebut.

Oleh yang demikian, kami telah mendapatkan maklumat yang sahih daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Mereka memaklumkan bahawa tarikh untuk pemohon membuat semakan adalah pada 27 November 2020.

📎Cara membuat semakan
Anda perlu melayari portal rasmi Geran Khas Prihatin 2.0 pada 27 November ini.

Layari : https://gkp.hasil.gov.my/ , anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan sahaja untuk membuat semakan.

📎Untuk pengetahuan tentang syarat permohonan
-Hendaklah warganegara Malaysia
-Mempunyai perolehan yang kurang daripada RM300,000
-Tidak pernah memohon atau menerima GKP 1.0
-Mestilah berdaftar dengan LHDM sebelum 1 September 2020

Semoga segala maklumat di atas dapat membantu anda. 
Tags

Ad Code

Ad Space