Terkini Pengeluaran Sehingga RM60000 daripada Akaun 1 KWSP dibenarkan?

ADMIN PIAN
Setelah beberapa minggu yang lalu sejak Datuk Sri Najib mencadangkan pengeluaran KWSP one-off RM10K dariapda akaun 1, isu mengenai KWSP telah menjadi bualan ramai. Isu ini menjadi panas apabila cadangan yang diberikan oleh Bekas Perdana Menteri , DSN tidak diluluskan. 

Walau bagaimanapun, pada hari semalam, 16 November 2020, kerajaan telah membenarkan pengeluaran 10% daripada Akaun 1 KWSP. 

I-Sinar KWSP : PENGELUARAN 10% DARI AKAUN 1 DAN HAD PENGELUARAN RM60,000.



Kumpulan Wang Simpaman Pekerja atau dikenali sebagai KWSP telah mengumumkan mengenai pengeluaran wang dalam Akaun 1 untuk pencarum yang terjejas dengan pandemik yang melanda negara kita pada masa ini.

Berdasarkan kenyataan semalam, KWSP menyatakan bahawa akan memberikan manfaat kepada 2 juta pencarum dan dana yang digunakan sebanyak RM14 billion

Pencarum yang mempunyai baki RM90000 ke bawah dalam akaun 1 ,mereka mempunyai akses jumlah sebanyak RM9000 dengan pengeluaran pertama adalah sebanyak RM4000.

Dengan erti kata yang lain, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada akaun 1 mereka jika mempunyai baki RM100. Ini bermaksud ada masih mempunyai RM100 selepas membuat pengeluaran.

 Menurut KWSP, pengeluaran untuk KWSP ini ada berkala selama 6 bulan.

Siapakah yang layak untuk membuat pengeluaran ini?
Mereka yang kehilangan kerja ,diberi cuti tanpa gaji.

Permohonan akan dibuka bermula DISEMBER ini. Pengeluaran pertama akan bermula pada Januari 2021.

Tambahan lagi, caruman baru akan dikreditkan 100 peratus ke dalam AKAUN 1, sehingga amaun pendahuluan diterima.
Selepas itu, caruman akan kembali kepada pecahan asal iaitu 70% untuk akaun 1 dan 30% bagi akaun 2.

Ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan teelebih dahulu untuk mengetahui seberapa banyak amaun diperlukan untuk permohonan dibawah i-sinar.


Setakat itu sahaja untuk info kali ini, anda boleh terus melayari laman sesawang kami untuk maklumat lanjut mengenai isu ini.

Jangan ketinggalan membuat semakan rayuan BSH fasa 3: SEMAK SINI

Info mengenai Bantuan Prihatin Rakyat yang masih menjadi kekeliruan orang ramai : BACA PENUH SINI



Tags

Ad Code

Ad Space