PERSETUJUAN PERDANA MENTERI UNTUK MENGKAJI SARANAN PENGELUARAN AKAUN SATU
Beberapa hari yang lalu, kerajaan telah bersetuju untuk mengkaji saranan pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 KWSP untuk membantu rakyat yang dalam keadaan yang memerlukan.
Perdana Menteri sendiri berkata bahawa perkara ini menjadi isi yang sangat panas yang telah dibangkitkan oleh berbagai pihak. Oleh yang demikian, beliau perlu mengkaji dahulu saranan tersebut.
Ketika wawancara Perdana Menteri, beliau ada berkata 'Belanjawan 2021 nanti akan ada bantuan yang kerajaan akan sampaikan. Jika dianggap memadai, tidak perlu mengeluarkan simpanan itu.'
'Kita akan teliti secara halus dan melihat kumpulan tertentu yang dianggap teruk terjejas seperti mereka yang dibuang kerja'
'Kumpulan tersasar akan difikirkan, tunggulah pengumuman yang akan dibuat oleh Menteri Kewangan nanti'.
Beliau juga berkata bahawa kerajaan sudah melaksanakan kelonggaran berhubung simpanan dalam KWSP di mana caruman pekerjaan dikurangkan daripada 11% kepada 7%.
Tambahan lagi, hampir 70% daripada ahli KWSP memilih mengurangkan caruman daripada 11 ke 7 peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan.
Namun, lebih 30% daripada ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM5000 dan jumlah itu tidak semestinya dapat menangani masalah aliran tunai pencarum.
Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama menunggu keputusan daripada kerajaan kita. Semoga semua yang dirancang oleh kerajaan adalah yang terbaik untuk rakyat jelata sekalian. Jika anda bersetuju dengan pengeluaran Akaun 1 (KWSP) ini, mohon kongsikan artikel ini dan komen setuju di bawah . Selain daripada kerajaan, rakyat juga perlu menyuarakan pendapat mereka. MALAYSIA PRIHATIN.