'Alhamdulillah' , satu kata yang dilemparkan oleh masyarakat Malaysia apabila bazaar ramadhan dan solat terawih dibenarkan. Seperti yang kita tahu, musim pandemik pada tahun lalu telah menghalang masyarakat untuk membeli makan berbuka di bazaar dan menunaikan solat terawih. Sesungguhnya, suasana seperti itulah yang akan dirindui dan dinanti setiap tahun. Tetapi takdir tak membenarkan.
Berdasarkan sidang media langsung, Ismail Sabri mengumumkan bahawa Bazaar Ramadhan dan Solat Terawih Dibenarkan di seluruh negeri.
Hal ini diumumkan setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan serta ahli mesyuarat yang lain.
Waktu beroperasi bazaar ramadhan yang dibenarkan adalah dari 3 petang sehingga 8 malam. Antara hal lain yang perlu dipatuhi oleh peniaga adalah tempat bazaar mestilah terbuka, laluan masuk dan keluar berbeza dan ruang pendaftaran MySejahtera.
Semoga dengan kelonggaran yang diberikan ini, rakyat masih dapat mematuhi SOP yang disediakan. Patuhilah protokol kesihatan yang telah ditetapkan.