Pada 8 Mac lalu, syarat kelayakan i-Sinar dihapuskan dan kelayakan secara automatik dilaksanakan. Hal ini menjadi perkara yang dinanti-nantikan oleh pemohon i-Sinar.
Tambahan pula, terdapat pemohon yang membuat kesilapan mengenai amaun pengeluaran. Anda tidak perlu risau kerana KWSP telah membuka kemudahan untuk menukar amaun pengeluaran.
📎Penukaran Amaun Pengeluaran
Kemudahan ini dilaksanakan untuk membantu pemohon yang tersilap semasa meletakkan amaun pengeluaran tempoh hari.
Kemudahan ini hanya boleh di buat sekali sahaja.
📎Apa yang anda perlu tahu sebelum membuat pindaan amaun?
1. Pastikan anda mempunyai maklumat permohonan i-Sinar terdahulu.
2. Anda boleh kemaskini nombor telefon dan maklumat pembayaran.
📎Cara-cara menukar amaun pengeluaran
1. Layari portal rasmi i-Sinar http:/isinar.kwsp.gov.my/
2. Klik Pindaan Pengeluaran kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda.
3. Klik Teruskan.
4. Sahkan OTP. Anda akan dapat melalui sms.
5. Sahkan nombor telefon dan alamat
6. Pilih jumlah yang baru.
7. Jika selesai membuat pindaan amaun, klik pengesahan dan saya bukan robot kemudian klik sahkan.
8. Permohonan yang anda lakukan diluluskan dalam tempoh 5 hari waktu bekerja.