Permohonan Rumah Mampu Milik Kini Dibuka Kepada Golongan B40 (2021)

ADMIN PIAN

Untuk makluman anda, Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah menyediakan sebuah portal yang memudahkan rakyat khususnya golongan B40 untuk mencari rumah yang ingin dibeli atau sewa.

Portal yang dimaksudkan adalah TEDUH. Portal ini memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek atau program perumahan awam dan swasta.

Terdapat juga satu modul di dalam portal TEDUH iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) yang berfungsi sebagai laluan one stop centre untuk individu yang memohon program perumahan di bawah Jabatan Perumahan Negara KPKT.


 SENARAI SKIM PERUMAHAN


📎SKIM RUMAH PPR
Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan B40. Terdapat 2 kategori iaitu PRR Dimiliki atau PRR Disewa. Rumah-rumah PPR dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di semenanjung manakala RM42,000 di Sabah dan Sarawak.

📎SKIM RUMAH TRANSIT
Bertujuan untuk memberi kemudahan yang sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur 18 hingga 30 tahun. Rumah disewakan dengan harga RM250 sebulan.

📎SKIM SPP
SPP diwujudkan bertujuan memberi kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah dan belum memiliki rumah sendiri.

📎SKIM MYHOME
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta ini menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada para pembeli rumah dan pemaju swasta.

SYARAT KELAYAKAN

📎SKIM PPR
1. Warganegara Malaysia
2. 18 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
4. Belum memiliki rumah
5. Mengikut syarat-syarat yang lain yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri.

📎SKIM RUMAH TRANSIT
1. Warganegara Malaysia
2. Telah berkahwin
3. 18-30 tahun
4. Tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan atau negeri rumah transit dipohon
5. Bekerja dikawasan yang dipohon
6. Pendapatan isi rumah RM5000 ke bawah
7. Tiada rekod jenayah

📎SKIM SPP
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 hingga 70 tahun
3. Bekerja dan berpendapatan
4. Bukan kakitangan kerajaan atau pesara
5. Belum mempunyai rumah
6. Jumlah pendapatan RM1000-RM3000 sebulan
7. Memiliki tanah sendiri atau ahli keluarga terdekat

📎SKIM MYHOME
1. Warganegara Malaysia
2. 21 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah


CARA MEMOHON

1. Daftar akaun anda menerusi laman sesawang sprn.kpkt.gov . Isi maklumat tertentu dan klik daftar.

2. Pemohon perlu membuat pengesahan setelah itu. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK. Klik pautan biru untuk mengesahkan.

3. Seterusnya , pemohon perlu log masuk.

4. Pilih skim perumahan yang diinginkan sesuai dengan kelayakan. 

5. Isi maklumat pemohon.

6. Untuk memohon projek, klik pautan projek.

7. Jika dokumen sokongan diperlukan , klik pautan Dokumen Sokongan untuk memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.


MAKLUMAT LANJUT

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38 No.51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4,
62100
Putrajaya

Tel: 03-8891 4475 atau 03-8891 4200
Emel : teduh@kpkt.gov.my


Ad Code

Ad Space