Terdapat berita yang menggembirakan bagi sebahagian penduduk Malaysia kerana terdapat satu program yang dipercayai dapat meringankan beban yang ditanggung oleh sesebuah keluarga.
Program Rebat Elektrik RM40 merupakan program yang khusus dibuat kepada kumpulan sasar miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.
Program ini adalah baru diperkenalkan untuk menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan dari 2008 hingga 2018 lalu.
PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40
Program ini terhad kepada kumpulan yang berstatus miskin tegar dengan nilai rebat bil elektrik lebih tinggi sehingga RM40 sebulan sekiranya tersenarai dalam sistem eKasih.
Tambahan maklumat, bermula pada 2 Januari 2021, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019. Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR yang mempunyai pendapatan bulanan dibawah pendapatan purata Nasional RM1169.
📎SYARAT KELAYAKAN
1. Pengguna elektrik yang tersenarai dalam eKasih
📎MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Hanya digunakan untuk tarif A (Domestik)
2. Sekiranya bil kurang dari RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan depan dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.
📎SEMAK KELAYAKAN ANDA
Anda boleh menyemak di pautan berikut
📎UNTUK MAKLUMAT LANJUT
MyGCC : 03-8000 8000
Tenaga Nasional Berhad : 1-300-88-5454
Sabah Electricity Sdn Bhd : 088-515000 15454
Sarawak Energy Berhad : 1-300-88-3111