Ramai yang tidak mengetahui peranan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) dalam membantu rakyat tidak berpendapatan tetap seperti petani, nelayan dan peniaga kecil untuk mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah idaman mereka.
Sehubungan dengan itu, untuk memudahkan dan meringankan beban mereka, kerajaan telah menubuhkan SJKP bagi memudahkan pembiayaan yang akan diberikan oleh institusi kewangan yang terbabit.
Dengan wujudnya skim ini, wujudlah juga persoalan-persoalan lazim yang sering dilontarkan oleh masyarakat. Berikut merupakan soalan lazim dan jawapannya.
SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN
1.Adakah skim ini untuk bumiputera sahaja?
Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia 18 tahun ke atas.
2. Saya berniaga sendiri dan pendapatan bulanan saya RM1400 dan saya tidak mempunyai slip gaji bulanan. Adakah saya layak untuk memohon?
Ya, Skim Jaminan Kredit Perumahan ini terbuka kepada sesiapa yang bekerja apa-apa pekerjaan dan purata bulanan skurang-kurangnya RM1000.
3.Saya berniaga sendiri dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Isteri saya bekerja sebagai kerani di firma guaman dan dia mempunyai pendapatan tetap. Adakah kami layak memohon?
Ya, permohonan bersama suami dan isteri boleh dilakukan
4.Berapa lamakah tempoh pembiayaan?
Tempoh bayaran sehingga 35 tahun ataunusia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.
5.Adakah skim ini tertakluk kepada rumah yang baru dibina sahaja?
Skim ini merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.
6.Saya berniaga sendiri dan ingin membeli rumah untuk dijadikan rumah kedai dengan tujuan perniagaan. Adakah saya layak memohon?
Tidak. Skim ini khusus untuk pembelian rumah kediaman sahaja.
7.Adakah skim ini menjamin pembinaan rumah?
Tidak
8.Jika saya berminat, adakah saya perlu membuat permohonan di pejabat SJKP Berhad?
Permohonan hendaklah dibuat di mana-mana cawangan institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini.
9.Di bawah skim ini, berapakah caj/yuran yang harus dibayar oleh peminjam kepada pihak SJKP?
Tiada caj atau yuran dikenakan olek SJKP Berhad