Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan sewaktu pembentangan Pelan PEMULIH oleh Perdana Menteri kita.
Walau bagaimanapun, terdapat satu bantuan yang menarik segelintir rakyat yakni bantuan RM600 sebulan selama 4 Bulan kepada pemohon yang layak.
Bantuan yang diperkatakan ini merupakan Program Subsidi Upah 4.0 atau PSU 4.0. Program ini sudah lama diperkenalkan sebanyak 4 edisi dengan penambahbaikan untuk setiap edisi.
Untuk edisi PSU 4.0 ini, Perdana Menteri berkata, Kerajaan sedia menampung sebanyak 500 pekerja untuk setiap syarikat mahupun majikan.
JUMLAH BANTUAN YANG DIBERIKAN
Perdana Menteri kita telah mengumumkan bahawa kadar bantuan adalah seperti berikut :
- RM600 bagi setiap pekerja selama 4 bulan
- 2 Bulan adalah untuk semua sektor ekonomi pada Pelan Pemulihan Negara Fasa 2.
- 2 Bulan lagi ialah untuk sektor khusus yang dikategorikan sebagai negative list dalam Pelan Pemulihan Negara Fasa 3.
TEMPOH PELAKSANAAN DAN TARIKH PERMOHONAN
Permohonan untuk program Subsidi Upah 4.0 bermula pada
- 1 Ogos 2021 sehingga 31 Oktober 2021
NOTIS PENTING
- Selepas lulus program ini, majikan hendaklah memastikan pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan tidak dibuang kerja.
- Gaji pekerja sedia ada tidak dibenarkan dipotong oleh majikan.
SYARAT KELAYAKAN
- Tiada syarat had gaji ditetapkan oleh Perdana Menteri pada PEMULIH lalu.
- MAJIKAN boleh memohon PSU 4.0 kepada pekerja yang mempunyai gaji RM4000 ke atas tapi ianya terhad kepada 500 pekerja sahaja.
Sila rujuk sidang rasmi oleh Perdana Menteri untuk maklumat lebih lanjut di sini :
SUMBER : HARIAN METRO