Bantuan Suri Rumah RM480? Ini Cara Memohon!

ADMIN PIAN

Permohonan i-Suri KWSP untuk suri rumah terima insentif RM480 setahun. Golongan suri rumah boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan intensif khas di bawah i-Suri. I-Suri ini mempunya matlamat untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah setta mengiktiraf sumbangan mereka.

Suri rumah bakal menerima insentif sebanyak RM480 yang telah bermula sejak tahun 2019 lagi. Selain daripada itu, bantuan kematian juga disediakan dalam insentif i -Suri sebanyak RM2500. Anda boleh membuat pendaftaran i-Suri KWSP dengan memuat turun borang permohonan menerusi laman web rasmi KWSP.

CARA DAFTAR I-SURI KWSP

Pendaftaran boleh dilakukan dengan cara pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan dengan membawa borang permohonan yang dimuat turun seperti berikut.

-MyKad
- Borang 1 (LINK BORANG 1)
- Borang 2 (LINK BORANG 2)


SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP

Berikut merupakan syarat kelayakan i-Suri KWSP

- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat November 2019.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah
- Belum mencapai umur 60 tahun.

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM

- Diri sendiri
- Suami kepada pasangan yang layak

FAEDAH I-SURI KWSP

-Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tetakluk kepada jumlah maksimum iaitu RM480 setahun.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan kematian RM2500


Ad Code

Ad Space