Pembayaran i-Citra Bermula 1 September? Ini Cara Semak Tarikh Pembayaran

ADMIN PIAN

Pembayaran i-Citra untuk bulan pertama telah dilaksanakan pada bulan Ogos yang lalu. Untuk bulan kedua pula iaitu September, para penerima masih lagi menanti pembayaran.

Seperti yang anda sedia maklum, i-Citra ini hanya akan berlangsung selama 5 bulan sahaja. Mengetahui tarikh sebenar dan jadual i-Citra merupakan satu langkah baik untuk memudahkan para pencarum mengetahui tarikh-tarikh penting.

PEMBAYARAN I-CITRA
Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melalui lama Facebook rasmi mereka menyatakan bahawa bayaran i-Citra bagi bulan September akan bermula 1 September 2021. Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli pula akan mengambil masa dalam tempoh 1-3 hari bekerja dan pembayaran akan dilakukan secara berperingkat.

CARA MEMBUAT SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN I-CITRA
(Khas untuk penerima yang mempunyai i-Akaun)

1. Buka aplikasi i-Akaun ataupun laman web rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member

2. Daftar masuk melalui ID & KATA LALUAN yang telah didaftarkan.

3. Klik dan semak bahagian PENGELUARAN/WITHDRAWAL.

4. Kemudian klik pada WITHDRAWAL HISTORY.

5. Seterusnya, klik di paparan i-Citra.

6. Tarikh bayaran anda akan dipaparkan.

Ad Code

Ad Space