Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 adalah merupakan fasa yang terakhir yang diperkatakan semasa Belanjawan 2021.
Sebelum ini, BPR Fasa 1 dan 2 serta BPR tambahan telah dilaksanakan dan dibayar kepada penerima.
BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan inisiatif kerajaan yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH)
Selain daripada bantuan ini, terdapat juga Bantuan Khas Covid-19 yang dikatakan akan dibayar bulan Ogos ini.
TARIKH PEMBAYARAN FASA 3
Bilakah BPR Fasa 3 akan dilaksanakan? Ini soalan yang sering diajukan oleh para penerima.
Seperti yang telah dijadualkan, BPR Fasa 3 ini akan dibayar setelah bayaran pertama BKC.
Oleh yang demikian, dijangkakan bahawa pembayaran BPR Fasa 3 bermula September ini.