Bayaran Awal Tidak Rasmi BKC Bermula. Ini Anda Perlu Tahu!

ADMIN PIAN
Ramai yang tertanya-tanya akan tarikh pembayaran BKC. Berikut adalah info mengenai pengkreditan Bantuan Khas Covid-19.

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh pembayaran BKC akan bermula 6 September 2021. Ianya dijangka akan selesai pada 10 September 2021. Berikut merupakan kenyataan daripada YAB Perdana Menteri.


BAYARAN AWAL TIDAK RASMI KEPADA SEGELINTIR PENERIMA

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir penerima telah pun menerima bayaran Bantuan Khas Covid-19 mereka. Berikut merupakan kongsian di Facebook daripada beberapa orang yang telah menerima pembayaran.


Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan mereka yang mendapat bayaran awal adalah mereka yang menggunakan bank BSN. Terdapat juga pengguna bank lain yang telah menerima bayaran mereka.

Bagi yang belum lagi menerima bayaran, diminta untuk terus bersabar dan sentiasa peka akan kemasukan pembayaran. Hal ini kerana tarikh rasmi pembayaran adalah 6 September. Tambahan pula, pembayaran yang dilakukan adalah berperingkat dan proses pembayaran adalah mengikut prosedur bank. 


JUMLAH BAYARAN
Bagi yang masih belum mengetahui pecahan bayaran mengikut kategori, berikut merupakan pecahannya :

Pada pembayaran nanti, ini adalah jumlah yang akan diberikan pada fasa 1 : 

Kategori Miskin Tegar
- Isi rumah RM500
Bujang RM200

Kategori B40
- Isi rumah RM500
- Bujang RM200

Kategori M40
- Isi rumah RM250
- Bujang RM100


CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan akan diambil melalui data berikut.

Miskin Tegar & B40 : Permohonan BPR 2021

M40 : Percukaian (LHDNM)





Ad Code

Ad Space