Tarikh Dan Jumlah Bayaran GKP 4.0

ADMIN PIAN

Geran Khas Prihatin atau lebih disebut sebagai GKP telah berjaya membantu meringankan beban dan menyokong kelangsungan perniagaan dalam kalangan peniaga kecil terutamanya mereka yang masih belum dapat beroperasi semasa pandemik Covid-19 ini. Dengan itu, sebanyak 5.1 billion ringgit diperuntukkan oleh kerajaan untuk bantuan ini.

Berikut merupakan maklumat mengenai GKP 4.0 yang perlu anda tahu.


JUMLAH BAYARAN GKP 4.0

Sedia maklum, para peniaga yang layak dan pernah menerima bantuan GKP sebelum ini akan menerima lagi bantuan dalam GKP 4.0 sebanyak RM1000.


TARIKH BAYARAN GKP 4.0

Tarikh pembayaran GKP 4.0 adalah seperti berikut

•FASA PERTAMA akan dibayar RM500 pada bulan September 2021.

• FASA KEDUA akan dibayar RM500 pada bulan November 2021.


TARIKH PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, permohonan GKP 4.0 ini telah bermula pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 lalu.

Dengan bantuan ini, pihak kerajaan berharap ianya akan membantu kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro. 

Ad Code

Ad Space