Bantuan kematian merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang masih lagi tidak diketahui oleh beberapa orang.
Bantuan ini adalah bagi menandakan rasa simpati kepada waris terdekat ahli. Bayaran bantuan ini adalah sebanyak RM2500 secara one-off sahaja.
📎SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan
1. Ahli yang meninggal dunia adalah warganegara Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara ( yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998).
2. Ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun.
3. Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibubapa) tertakluk kepada status perkahwinan ahli
4. Ahli masih mempunyai simpanan KWSP.
5. Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.
📎SIAPA YANG BOLEH MEMOHON?
1. Penama
2. Berumur 18 tahun ke atas
📎 MAKLUMAT TAMBAHAN
Ahli beragama Islam
Jika ahli yang meninggal dunia beragama Islam, waris terdekat ahli layak memohon bagi Pengeluaran Kematian.
Ahli beragama bukan Islam
Jika penama meninggal dunia sebelum kematian ahli, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran kematian ahli, waris terdekat penama layak untuk memohon.
📎DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah borang Perakaun Tanggungjawab
>Borang Perakuan Tanggungjawab (ISLAM)
>Borang Perakuan Tanggungjawab (BUKAN ISLAM)
📎MAKLUMAT LANJUT