Bantuan BINGKAS RM300 Sebulan pada 2022

ADMIN PIAN

Kerajaan Selangor telah memperkenalkan dan memperuntukkan sebuah bantuan yang akan diberikan kepada setiap keluarga yang layak pada 2022 kelak.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban setiap penerima yang layak termasuk ibu tunggal.


BANTUAN BINGKAS

Bantuan BINGKAS iaitu singkatan daripada Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor adalah sebuah bantuan yang diumumkan pada Belanjawan 2022 Negeri Selangor.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah keseluruhan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah
RM3600 setahun dan
 akan dibayar sebanyak RM300 sebulan

TARIKH PEMBAYARAN

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari, bantuan tersebut diagihkan bermula
 Februari 2022 depan


SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan BINGKAS
Merupakan Warganegara Malaysia
 Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih daripada 10 tahun
 Pemilih berdaftar di negeri Selangor
 Pendapatan isi rumah di bawah RM2000 sebulan
Syarat lain akan dikemaskini dari masa ke masa

TARIKH PERMOHONAN

Belum dinyatakan setakat ini. Terus ikuti kami untuk mendapatkan infi terbaru berkenaan bantuan ini dan bantuan-bantuan lain di Malaysia.

Ad Code

Ad Space