Jika anda seorang yang bekerja dengan gaji yang rendah, tapi ingin memiliki rumah sendiri, anda tak perlu risau kerana kerajaan ada membuat bantuan mohon rumah kepada yang layak permohonan.
Walaupun hanya bergaji RM1000, anda kini boleh memiliki rumah sendiri jika permohonan anda layak. Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad atau lebih dikenali sebagai (SJKP) Berhad telah melancarkan inisiatif ini.
Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk membantu mereka yang mengalami masalah seperti tidak berpendapatan tetap. SJKP akan sedia membantu mereka untuk dapatkan kewangan bagi pembelian rumah.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon SJKP:
> Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
> Mempunyai punca pendapatan yang tidak tetap seperti peniaga kecil, pemandu teksi, petani dan sebagainya.
> Pinjaman bersama dibenarkan
> Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
> Pembelian rumah kediaman baru / di dalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan
> Pendapatan purata kasar minima RM1000 sebulan
> Bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat
> Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar
> Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
> Tiada rekod-rekod negatif bagi tempoh 24 bulan terkini.
INSTITUSI KEWANGAN UNTUK SJKP
Berikut ialah proses-proses permohonan di bawah:
1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan seperti Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK), Penghulu atau wakil terpilih.
3. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami isteri mempunyai sumber kewangan berasingan. Untuk kakitangan, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF/KWSP.
4. Sediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, lesen perniagaan atau lain-lain dokumen sokongan untuk menyokong jual beli.
5. Permohonan dilakukan bukan terus ke pejabat SJKP tetapi melalui senarai cawangan Institusi / bank di atas.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi SJKP pada saluran berikut :
Telefon : 03-2096-500
Faks : 03-2096-5090
E-mel : enquiry@sjkp.com.my