Artikel ini adalah berkenaan dengan panduan yang boleh digunakan oleh penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 3 yang tidak mempunyai akaun bank untuk membuat pembayaran.
Sepertia yang kita tau, setiap pembayaran BKC akan terus ke akaun bank. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir penerima yang tidak mempunyai akuan bank untuk pembayaran BKC ini.
TARIKH PENEBUSAN WANG
Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri kita, penebusan ini boleh dibuat bermula 20 Disember 2021.
NOMBOR BAUCAR BKC
Untuk yang tidak memiliki bank akaun untuk menerima pembayaran, nombor baucar ini adalah untuk anda. Selain itu, nombor baucar ini juga untuk mereka yang gagal kredit ke akaun bank untuk menerima bayaran.
Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini, anda boleh ke kaunter BSN untuk mengeluarkan bayaran secara tunai.
CARA SEMAKAN NOMBOR BAUCAR
1. Semakan boleh dibuat secara atas talian pada laman web rasmi BKC https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan CAPTCHA, Klik SEMAK
3. Seterusnya pergi ke ruangan Nombor Baucar/Siri
4. Nombot baucar akan dipaparkan
CARA PENEBUSAN
• Penerima boleh datang ke kaunter BSN setelah nombor BSN wujud pada paparan
• Anda boleh menerima bayaran tunai pada Isnin
• Penebusan juga boleh dibuat dengan membawa kad pengenalan