Table of Content
Permohonan i-suri KWSP untuk suri rumah, terima insentif sebanyak RM480 setahun. Kini, suri rumah boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. Tujuan i-Suri ditubuhkan adalah untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan keluarga.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak faedah yang diperolehi daripada i-Suri KWSP. Antaranya termasuklah suri rumah menerima insentif sebanyak RM480 setahun sejak 2019 dan tahun kedepannya. Tambahan pula, bantuan kematian juga disediakan sebanyak RM2500 di dalam insentif i-Suri ini. Untuk mendaftar i-Suri KWSP, anda boleh memuat turun borang permohonan menerusi laman web rasmi KWSP.
CARA DAFTAR I-SURI KWSP
Pendaftaran boleh dilakukan dengan cara pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan dengan tempat anda dengan membawa borang yang telah dimuat turun seperti yang berikut
• MyKad
• Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
• Borang i-Suri KWSP 6A (2) semasa pembayaran
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan atau pendaftaran i-Suri KWSP
• Warganegara Malaysia
• Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
• Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
• Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR/Wanita (KIR)
• Belum mencapai umur 60 tahun
SIAPA YANG BOLEH MENCARUM
• Diri sendiri (isteri)
• Suami kepada pasangan yang layak
Penting : Bagi suri rumah, hanya satu insentif dibenarkan untuk dipilih dalam satu masa. Jika anda sudah mendaftar dengan insentif persaraan, anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru i-Suri.
CARA BAYARAN
• Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
• Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, RHB dan BSN)
• Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB.
Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagu separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalaum akaun 1 ahli (Akaun Persaraan dan akaun 2.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri