Dr Asyraf Wajdi Terus Memperjuangkan Pengeluaran KWSP Untuk Rakyat

ADMIN PIAN




Dr Asyraf Wajdi yang merupakan pemuda UMNO mendengarkan suara rakyat yang sedang menuntut pengeluaran RM10K KWSP. 

Seperti yang kita tahu, berita mengenai pengeluaran RM10K kini hangat diperkatakan terutamanya di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Ramai orang berasa kecewa kerana pengeluaran tersebut belum diluluskan.


ASYRAF WAJDI BERSAMA RAKYAT


Pada 25 December 2021, menerusi laman Facebook rasmi Dr Asyraf Wajdi Dusuki, beliau telah berkongsikan pendapatnya kenapa rakyat bersungguh-sungguh menuntut pengeluaran ini.

"Rakyat bykan saja-saja tuntut pengeluaran RM10K i-Citra KWSP!", ujar beliau. 

Berikut merupakan penulisan beliau di laman Facebook.



Dengan adanya ahli politik yang bersuara, semua rakyat berharap agar pengeluaran RM10K i-Citra KWSP ini akan diluluskan. 

Tambahan pula, semasa mengikuti misi bantuan di Kg RTB, Bukit Changgang, ramai yang menyapa beliau sepanjang melakukan aktiviti gotong royong pada waktu itu. 

"Dr, tolonglah teruskan perjuangan menuntut kepada Kerajaan bagi pihak kami untuk membenarkan pengeluaran RM10K one off KWSP". Hal ini dapat menguatkan lagi sebab mengapa rakyat bersungguh-sungguh menuntut dan ingin suara mereka didengarkan. 

Sememangnya, semakin hari, beban hidup akan semakin bertambah. Ada rakyat dibebani dengan komitmen dan hutang yang tertunggak. Apatah lagi semasa pandemik yang memberi banyak kesan buruk terutamanya kepada kewangan keluarga. Ramai yang telah kehilangan sumber pendapatan dan ada yang belum mendapatkan pekerjaan baharu.

Semoga dengan suara jutaan rakyat yang disuarakan dan disampaikan kepada kerajaan dapat membuka hati mereka untuk membenarkan pengeluaran RM10K KWSP ini. 




Ad Code

Ad Space