Dua Hari Lagi Berbaki Sebelum Permohonan Bantuan RM600 Ini Ditutup

ADMIN PIAN


Terdapat sebuah bantuan yang bernilai RM600 setiap bulan akan tutup pada penghujung tahun ini. Jika anda belum memohon, boleh memohon sekarang kerana permohonan masih terbuka.

Bantuan tersebut ialah KerjayaGig. KerjayaGig merupakan sebuah bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak. Bantuan ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan tahun lalu dan disambung sehingga penghujung tahun lalu 


PROGRAM KERJAYAGIG

Tujuan utama Program KerjayaGig adalah memperluaskan skop insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu yang kehilangan pekerjaan atau penganggur dari golongan rendah.

Antara matlamat lain adalah untuk:
 memindahkan semula tenaga kerjaya yang tidak digunakan sepenuhnya dan yang sedang menerima cuti tanpa gaji kepada KerjayaGig
 menggalakkan individu mengambil peluang pekerjaan tidak normal

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan mula dibuka pada 15 Julai sehingga 31 Disember 2021

JUMLAH BANTUAN

Berikut merupakan jumlah bayaran untuk program ini yang diterangkan secara terperinci

• Bantuan sebanyak RM300 akan diberikan kepada individu yang layak
 Pembayaran akan diberikan RM600 setiap bulan selama 6 bulan
• Pemberian bantuan ini akan diberikan selagi mereka terlibat dengan program KerjayaGig

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

• Individu yang kehilangan pekerjaan perlu berdaftar dengan PERKESO.
 Pencari kerja daripada golongan rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), peserta Return to Work PERKESO, gelandangan, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan ekasih, bekas penagih dadah, bekas banduan, Orang Diparol (ODP) dan lain-lain.
 Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji
• Semua yang layak haruslah berumur 18 tahun sehingga 60 tahun sahaja

CARA PERMOHONAN

Berikut merupakan cara membuat permohonan

1. Log masuk ke laman web My Future Jobs dan mohon pekerjaan yang tersenarai di bawah pekerjaan sendiri

2. Selepas berjaya mengambil pekerja, majikan perlu daftarkan pekerja tersebut melalui laman web PERKESO untuk insentif RM600

SENARI DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan bantuan tersebut

• Borang pengesahan pekerjaan yang ditandatangani oleh individu tersebut
• Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri
• Surat atau dokumen berkaitan serta bukti yang dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji
 E-mel pengesahan daripada operator untuk mengesahkan status pekerjaan

SOALAN LAZIM


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, hubungi talian hotline
• 1-300-22-8000 atau 03-8091-5300



Ad Code

Ad Space