Kerja Kerajaan atau Kerja Swasta? Inilah Kelebihan dan Kekurangannya !

ADMIN PIAN
0
Ramai graduan mahupun orang awam yang masih tidak mempunyai pekerjaan mungkin disebabkan tiada kekosongan dalam bidang yang ingin diceburi ataupun tak tahu sama ada ingin kerja di bawah kerajaan mahupun swasta. 

Topik ini pernah menjadi bualan di mana ada yang mengatakan kerja swasta tak sebagus kerja kerajaan dan ada juga yang mengatakan sebaliknya. 

Sebenarnya masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Dalam artikel kali ini, kerjayaterkini akan berkongsikan kelebihan kerja kerajaan dan swasta serta kekurangannya.



KELEBIHAN KERJA DI SEKTOR KERAJAAN

1. ELAUN RUMAH
Kerajaan menjaga baik kebajikan para pekerjanya. Sesiapa yang kerja di bawah kerajaan akan diperuntukkan elaun rumah. 

2. COLA
Ini bukan air eh. COLA adalah singkatan untuk Cost of Living Allowance atau pun dikenali sebagai elaun sara hidup. Elaun inu diberikan untuk meringakan beban taraf hidup yang tinggi contohnya di Kuala Lumpur dan sebagainya.

3. BONUS TETAP KHIDMAT AWAM
Kerajaan telah memberikan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada semua penjawat awam.

4. KENAIKAN GAJI
Kalau keuntungan naik, gaji pun akan turut naik. Tapi ini bergantung kepada budi bicara juga. Tetapi , biasanya kenaikan gaji akan berlaku berkala setiap tahun

5. KEMUDAHAN PEMINDAHAN KERETA DAN PINJAMAN RUMAH
Ingin memiliki rumah idaman? Tak perlu risau sangat sebab kerajaan menyediakan pinjaman kereta dan rumah untuk kakitangan kerajaan.

6. CUTI YANG FLEKSIBEL
Dalam sektor aaam, terdapat banyak jenis cuti contohnya seperti cuti tahunan. Bagi pekerja am, biasanya akan diberi cuti minimum 14 hari cuti tahunan. Kalau cuti bersalin pula lebih kurang dalam 2 bulan cuti akan diberikan.


KEKURANGAN KERJA KERAJAAN

1. Memerlukan peperiksaan bagi melengkapkan syarat-syarat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
2. Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin anda naik pangkat.
3. Persaingan tinggi untuk mendapatkan kerja kerajaan.
4. Gaji pokok kecil


KELEBIHAN KERJA SWASTA

1. RUNDINGAN GAJI
Anda bebas untuk menentukan nilai harga untuk diri sendiri. Boleh rujuk HR atau pun bos syarikat.

2. CARUMAN KWSP
Syarikat yang mempunya lebih 5 Pekerja diwajibkan memcarum KWSP, jadi anda tak perlu risau akan simpanan masa depan anda.

3. BONUS
Terdapat dua jenis bonus iaitu bonus tahunan dan bonus apabila anda mencapai satu sasaran syarikat.

4. BEBAS TAK TERIKAT
Biasanya anda akan diberikan tempoh 3 bulan atau 6 bulan bergantung kepada syarikat. Contohnya anda sudah bekerja 2 bulan dan anda berhasrat untuk berhenti kerja kerana menemui pekerjaan yang lebih diminati, anda boleh berhenti tanpa apa-apa kelulusan.


KEKURANGAN KERJA SWASTA
1. Potensi dibuang kerja tinggi
2. Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
3. Masa depan tidak terjamin
4. Boleh pilih kerja

Kesimpulannya, segala maklumat di atas mengenai kelebihan dan kekurangan sektor kerajaan dan swasta amat berguna untuk anda memilih jalan hidup anda. Sila membuat keputusan yang betul agar tidak membuang masa anda. Semoga berjaya mencari pekerjaan idaman anda.

Ikuti channel telegram Kerjayaterkini untuk mendapatkan info jawatan kosong terkini di Malaysia.

                                 

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)

Ad Code

Ad Space