BSN Tawar Pinjaman Wang Tanpa Bunga Sehingga RM10,000

ADMIN PIAN

MyRinggit - i banjir

Pembiayaan peribadi ini telah diwujudkan bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa banjir.
Jumlah pembiayaan ini adalah tanpa faedah khas untuk mangsa banjir. BSN MyRinggit- i Banjir dipertingkat daripada RM5000 kepada RM10,000.


TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan boleh dibuat bermual 27 Disember 2021


SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia
 Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/JKKK/Laporan Polis)
 Bukan seorang yang muflis
 Hanya satu permohonan untuk satu isi rumah


CARA MEMOHON

Berikut merupakan cara memohon yang boleh anda lakukan. Anda boleh memohon secara atas talian dengan cara mengisi borang online. Jika anda mempunyai masalah untuk mengakses secara atas talian, sila kunjungi cawangan BSN berdekatan untuk memohon.

Gambar di atas merupakan cara permohonan secara atas talian. Sila ikuti panduan tersebut.

Link permohonan : www.bsn.com.my/page/Banjir-i

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan

Salinan kad pengenalan
 Salianan bil elektrik rumah yang terjejas
Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas

MAKLUMAT PEMBAYARAN

1. Kadar keuntungan : 0.00%
2. Had pembiayaan : RM10,000
3. Tempoh pembiayaan : 3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan
4. Kaedah Bayaran : Tunai di kaunter BSNArahan TetapIBG/ e-paymentATM /CDM/ myBSNMana - mana kaedah yang dibenarkan BSN

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dilakukan.

Pemohon juga boleh menyemak status permohonan dari masa ke masa secara online.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang masalah, sila layari laman sesawang www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900



Ad Code

Ad Space