Cara Mohon Bantuan Zakat Bernilai Sehingga RM2500

ADMIN PIAN

Table Of Content


Lembaga Zakat Selangor (LZS) telahpun melancarkan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS). Hal ini merupakan satu berita yang menggembirakan bagi mereka yang memerlukan bantuan Zakat.

Tujuan bantuan ini dilaksanakan adalah bagi meringankan beban perbelanjaan pendidikan golongan pertengahan di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dari luar negara.

KADAR BANTUAN

Berikut merupakan kadar bantuan yang akan diberikan
 IPT luar negara : RM2500
 IPT dalam Negeri : RM700

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan bantuan ini
• Islam
• Warganegara Malaysia
• Ketua isi rumah atau penjaga menetap atau bermastautin di Selangor dan telah tinggal di Selangor tidak kurang dari 3 tahun.
• IPT SPZAS dalam negeri, hanya memohon untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap 2 (ILK/ILKS) dan ke atas (sijil/Pra-Diploma/Asasi/Asasi Peringkat tiada semester/peringkat untuk layak memohon) untuk memohon
• Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk ijazah sarjana muda salam pengajian Islam dan perubatan di Mesir, Jordan dan Maghribi
• Pendapatan isi rumah mestilah melebihi Haddul Kifayah dengan julat lebihan tidak melebihi RM5000 untuk SPZAS IPT dalam negeri dan RM7000 untuk SPZAS IPT dinl luar negara.

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan di https://www.zakatselangor.com.my/spzas/ sehingga 20 Februari 2022.


Anda akan perlu melampirkan beberapa dokumen penting untuk permohonan tersebut. Sila rujuk laman web rasmi zakat selangor seperti di pautan yang diberikan di atas.


TEMPOH KELULUSAN DAN BAYARAN

Tarikh akhir kelulusan dan pembayaran untuk bantuan ini akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diserahkan. LZS akan membayar yuran permohonan selewat-lewatnya pada 10 Mac 2022 sekiranya permohonan masih dibuka dan permohonan dikemukakan dalam tempoh 5 hari sebelum tamst tempoh permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut rujuk sini

Ad Code

Ad Space