Table of content
Untuk pengetahuan anda terdapat banyak jenis pengeluaran KWSP yang boleh dilakukan antaranya termasuklah KWSP untuk bayaran bulanan rumah.
Dengan adanya langkah ini, pengeluaran KWSP untuk bayaran rumah akan membantu pencarum untuk mengurangkan komitmen bulanan mereka mengikut tempoh yang diingini.
Selain itu juga, anda tidak perlu menunggu 55 tahun untuk membelanjakan KWSP anda.
Untuk pengeluaran Wang KWSP, jumlah simpanan daripada Akaun 2 akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan para pencarum telah selesai.
JUMLAH PENGELUARAN WANG YANG DIBENARKAN
Berikut merupakan jumlah pengeluaran yang boleh dibuat. Jumlah pengeluaran ini adalah untuk pengeluaran bersama dan individu, sila rujuk :
1. Jumlah baki pinjaman perumahan atau
2. Kesemua simpanan dalam Akaun 2 KWSP atau
3. Bayaran bulanan minimum RM100 dan maksimum tidak boleh melebihi jumlah ansuran bulanan selama enam bulan.
SYARAT KELAYAKAN UNTUK PENGELUARAN
Berikut merupakan antara syarat kelayakan untuk pengeluaran wang KWSP untuk membayar bulanan rumah
1. Warganegara dan Bukan Warganegara (PR atau daftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
2. Berumur 55 tahun dan ke bawah
3. Sekurang-kurangnya mempunyai baki simpanan akaun 2 RM600.
4. Membeli / Membina rumah kediaman
5. Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
6. Ansuran bulanan sudah bermula
*Penting :
Rumah kediaman haruslah jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartment studio/apartment servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
MAKLUMAT PENTING ANDA KENA TAHU
Berikut merupakan maklumat-maklumat yang perlu anda fahamkan :
• Pengeluaran terhad kepada satu rumah ahli. Pengeluaran seterusnya hanya untuk rumah yang sama sahaja.
• Anda boleh membuat pengeluaran untuk mengurangkan ansuran bulanan dan Pengeluaran Menyelesaikan Baki Pinjaman secara serentak.
• Bagi pinjaman perumahan yang tertunggak yang berstatus NPL dibenarkan untuk memohon pengeluaran ini dengan syarat bayaran bulanan akan dibayar terus ke akaun pinjaman perumahan
• Sekiranya semasa ahli memohon, terdapat bayaran pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan peminjam lain masih berkuatkuasa, ahli layak mengeluarkan amaun perbezaan di antara jumlah pengeluaran peminjam lain.
• Sebelum tempoh hari sebelum tarikh ansuran bermula, anda boleh membuat pengeluaran. Bayaran akan dilakukan setelah tarikh pembayaran ansuran bulanan yang terdahulu selesai.
• Amaun pengeluaran daripada Akaun 2 diasingkan ke akaun khas bagi bayaran ansuran bulanan dan akan dibayar dividen yang dikreditkan ke Akaun 2 sebaik sahaja dividen diisytiharkan pada tahun berikutnya.
• KWSP berhak untuk membatalkan pengeluaran bayaran bulanan jika pinjaman telah selesai, rumah dijual atau dipindah hak milik atau terdapat kesalahan.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan mengenai permohonan pengeluaran KWSP.
1. Borang KWSP 9P (AHL) dan Senarai Semak Dokumen- Dokumen ( Pemohon Kaunter - bukan pemegang MyKad sahaja)
2. Salinan dokumen pengenalan diri dengan yang asal untuk pengesahan (Bukan pemegang Mykad Sahaja)
3. Penyata baki pinjaman perumahan mengikut format KWSP-DOKUMEN atau penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh penyata baki tidak melebihi 1 bulan/ 3 bulan (LPPSA) dsri tarikh permohonan diterima.)
4. Perjanjian Jual Beli (S&P) / Bukti Gadai/Penyerahan Pemilikan ( Borang Gadai & surat hak milik) - jika maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap.
5. Buku bank atau salinan penyata akaun bank.
CARA BAYARAN
Berikut merupakan cara bayaran
1) Kredit terus
• Bayaran bulanan dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan/semasa anda.
• Jika anda ada akaun simpanan yang aktif dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank, anda akan diberi cek jurubank ke akaun bank anda jika bayaran gagal.
2) Cek jurubank
• Bayaran bulanan akan dibuat melalui cek jurubank kepada alamat pemberi pinjaman yang tertera di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan
• Jika pinjaman anda berstatus pinjaman tidak berbayar (NPL).
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus layari laman web rasmi KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000.