Table Of Content
Seperti yang anda tahu, beberapa negeri kita telah dilanda banjir pada bulan Disember 2021 yang lepas. Hal ini telah menyebabkan peralatan rumah yang terjejas banjir hanyut ditelan air dan ada juga yang mengalami kerosakan serius.
Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah melancarkan sebuah inisiatif yang dipercayai dapat membantu mereka yang terjejas. Ia dikenali sebagai Skim Banjir Rumah Malaysia.
SKIM BANTUAN BANJIR
Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah melancarkan skim ini untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Tambahan pula, bantuan ini adalah khas untuk mereka yang terjejas banjir dan mengalami kerosakan peralatan elektrik.
JUMLAH BANTUAN
Berikut merupakan jumlah bantuan untuk inisiatif ini
Bantuan ini akan menyediakan sebanyak RM500 kepada setiap isi rumah yang layak tetapi
• Bantuan RM500 yabg diberikan merupakan rebat dan bukanlah dalam
bentuk tunai
• Hal ini bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan rakyat untuk membeli peralatan elektrik baharu.
JENIS BARANGAN ELEKTRIK
Berikut merupakan barangan elektrik yang boleh dibeli menggunakan rebat RM500 tersebut. Antaranya termasuklah
• Mesin Basuh
• Kipas
• Lampu
• Peti Sejuk
• Pendingin hawa
• Dan lain-lain
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mereka yang ingin mendapatkan rebat RM500 itu.
• Warganegara Malaysia
• Pengguna Akaun Elektrik Syarikat Elektrik ( Domestik )
• Rumah yang disahkan terjejas banjir
CARA PENEBUSAN
Kepada mereka yang layak, anda boleh memilih sama ada ingin membeli peralatan eletrik secara terus ke kedai ataupun secara online.
Jika anda ingin membuat pembelian terus secara online, berikut merupakan senarai pasaraya dan kedai yang anda boleh membuat penebusan rebat RM500 ini.
Tetapi jika anda ingin membeli secara online anda hanya perlu bertanya kepada mana-mana penjual barangan elektrik untuk menyemak kelayakan mereka dan anda sama ada layak untuk membuat penebusan.
SEMAKAN KELAYAKAN
Untuk mengetahui syarat kelayakan anda, sila ikuti panduan berikut
• Semakan kelayakan hanya perlu dilakukan online
• Sila klik pautan ini https://semak.seda.gov.my/publics/banjir
• Masukkan nombor akaun elektrik , nombor kad pengenalan dan pilih Syarikat Utiliti Elektrii sama anda TNB, SESB , SEB atau NUR
• Kemudian klik semak
• Kelayakan anda dipaparkan