Jadual Pembukaan Kaunter Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

ADMIN PIAN


BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Pada Oktober yang lalu, semasa pembentangan Bajet 2022, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diperkenalkan.

Bantuan ini ditubuhkan bagi menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Hal ini disebabkan bertukarnya pemimpin dan jumlah bantuan yang bakal diberikan.

Oleh kerana bantuan ini baharu, alangkah pentingnya untuk mengetahui jumlah bantuan yang akan diterima untuk setiap kategori dan syarat kelayakan anda.

TARIKH KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU BKM

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula hari ini, 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022. 

Hal ini bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing. Kepada penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat pengemaskinian.

Untuk memastikan kurang golongan tercicur, data berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang telah ditetapkan :

1. Penerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021

2. Penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) B40 2021.

3. Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin

4. Data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang.

JADUAL PERMOHONAN BKM

Berikut merupakan jadual permohonan BKM

• Jika anda membuat permohonan secara dalam talian, tarikh permohonan terbuka daripada 1 Januari hingga 31 Januari 2022. Layari https://bkm.hasil.gov.my

 Jika anda ingin membuat secara manual/fizikal, tarikh permohonan terbuka dari 3 Januari sehingga 31 Januari 2022. Anda boleh hadir ke cawangan LHDNM atau Pejabat Satelit (PS) LHDNM atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM (dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BKM).
(dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BKM)


JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM 2022

Berikut merupakan jadual pembukaan kaunter. Sumber : LHDNM

Ad Code

Ad Space