Table of Content
RAKYAT AKAN BERSARA DI BAWAH GARIS KEMISKINAN
Menurut Menteri Kewangan kita, pengeluaran KWSP tambahan atau yang akan datang menyebabkan ramai rakyat yang perlu bersara di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) sekiranya pengeluaran tersebut dibenarkan.
Beliau berkata sedimikian rupa kerana terdapat kemerosotan berterusan simpanan persaraan ahli KWSP. Menurut beliau, hampir separuh ahli mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dan jumlah ini 55 peratus daripadanya adalah bumiputera.
Tambahan lagi, beliau juga turut menyatakan bahawa jika pengeluaran ini dibenarkan, ianya akan menyebabkan ramai ahli perlu bersara di bawah PGK dan akan menyebabkan kesan yang besar kepada seluruh Keluarga Malaysia di nasa hadapan terutamanya jika kegawatan ekonomi
JAMINAN KERAJAAN
Menteri kewangan kita terus memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus peka dengan masalah rakyat dan akan lebih banyak pendekatan akan dilakukan untuk memelihara kebajikan terutamanya golongan B40 dan M40.
Beliau juga berkata bahawa dalam Bajet 2022, sebanyak RM31 billion dikhususkan untuk subsidi, bantuan dan insentif untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Sebanyak 8.2 billion ringgit diperuntukkan oleh kerajaan kepada 9.6 juta penerima untuk Bantuan Keluarga Malaysia.
PERATUSAN RAKYAT INGINKAN PENGELUARAN RM10K
Dalam kenyataan yang layak, pihak Biro Penyelidikan dan Pembangunan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat satu kajian awam mengenai pengeluaran RM10K KWSP ini.
Menurut Azril Siral Yusof Sarif yang merupakan Pengerusi Sekretariat, hasil kajian mendapati pencarum berusi 35 tahun sehingga 44 tahun menunjukkan respons tertinggi bersetuju dengan pengeluaran tersebut.
Manakala dari segi pecahan kaum pulak, 18,777 bangsa Melayu bersetuju dengan cadangan itu.
Respondan daripada bangsa lain pula menyumbang 10%.
BEKAS PERDANA MENTERI MEMBAWA SUARA RAKYAT
PPIM telah menyerahkan sebuah memorandum untuk pengeluaran wang KWSP RM10K kepada bekas Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib untuk disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.
Tindakan ini jelas menampakkan Datuk Seri Najib ingin membawa suara rakyat untuk didengarkan.
Untuk pengetahuan anda, Datuk Seri Najib yang sentiasa menuntut pihak Kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP akhirnya i-Sinar dan I-Citra dilaksanakan pada tahun lepas.