Bantuan Kewangan Setiap Bulan Sebanyak RM500

ADMIN PIAN

Table of Content

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan bagi menjaga kebajikan masyarakat berteraskan perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dam pengintegrasian.

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak jenis bantuan JKM yang telah disalurkan kepada mereka yang memerlukan dan layak. Contohnya bantuan untuk kanak-kanak, orang kurang upaya dan lain-lain.

Nilai bantuan adalah berbeza dan terdapat satu bantuan akan memberikan RM500 sebulan kepada yang layak.

BANTUAN WARGA EMAS

Seperti yang kita tahu, golongan warga emas merupakan salah satu golongan istimewa yang perlu diambil berat. Oleh yang demikian , terdapat banyak jenis bantuan telah disalurkan kepada golongan tersebut termasuklah bantuan bulanan RM500 ini.

Tujuan bantuan ini disalurkan adalah untuk meringankan beban warga emas menyara kehidupan semasa tanpa perlu pergi keluar mencari rezeki lagi.

JUMLAH BANTUAN

Untuk pengetahuan anda, jumlah bantuan ini dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 sebulan untuk seorang.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan :
• Warganegara Malaysia
• Menetap di Malaysia
• Berumur 60 tahun ke atas
• Warga emas / pemohon tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau 
• mana - mana kes yang boleh dipertimbangkan
• berpendapatan tidak melebihi PGK Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Per Kapita

CARA PERMOHONAN

LANGKAH PERTAMA - SECARA ONLINE

 1. Layari laman web rasmi JKM 

2. Tekan 'Daftar Permohonan Atas Talian'

3. Isi Kedua-dua bahagian A dan B

4. Pastikan butiran yang diisi sahih dan klik 'Keputusan'.

LANGKAH KEDUA 

1. Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat atau JKM berdekatan

2. Hadir selewat-lewatnya 14 hari daripada permohonan online ( Langkah 1)

3. Hadir bersama dokumen penting dan borang.


SENARAI DOKUMEN

Anda diminta hadir bersama borang dan dokumen penting seperti berikut

• Borang Permohonan 
• Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ahli keluarga yang tinggal bersama
• Salinan Penyata Pendapatan atau surat akuan penyata pendapatan
• Mana - mana bil utiliti seperti bil elektrik , bil air dan lain-lain yang menunjukkan alamat tempat tinggal
• Mana-mana dokumen tambah yang perlu di bawah


Ad Code

Ad Space