Table of Content
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022
Pada Oktober yang lalu, semasa pembentangan Bajet 2022, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diperkenalkan.
Bantuan ini ditubuhkan bagi menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Hal ini disebabkan bertukarnya pemimpin dan jumlah bantuan yang bakal diberikan.
Oleh kerana bantuan ini baharu, alangkah pentingnya untuk mengetahui jumlah bantuan yang akan diterima untuk setiap kategori dan syarat kelayakan anda.
JUMLAH BANTUAN BKM 2022
Jumlah bantuan untuk BKM adalah berbeza dengan BPR 2021. Berikut merupakan pengagihannya mengikut kategori :
KATEGORI 1
• Diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM2500 ke bawah
• Bantuan berjumlah RM1000 untuk yang belum memiliki anak
• Bantuan berjumlah RM1500 bagi yang memiliki 1-2 orang anak
• Bantuan berjumlah RM2000 kepada isi rumah yang memiliki 3 orang anak atau lebih
KATEGORI 2
• Diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM2501 sehingga RM5000
• Bantuan berjumlah RM400 bagi yang belum mempunyai anak
• Bantuan berjumlah RM600 bagi yang belum mempunyai 1-2 anak
• Bantuan berjumlah RM800 bagi yang belum mempunyai 3 orang anak atau lebih
KATEGORI BUJANG
• Diberikan kepada bujang yang berpendapatan RM2500 dan ke bawah
• Bantuan RM350 bakal diberikan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk permohonan BKM 2022 :
1. KATEGORI ISI RUMAH
• Sudah berkahwin
• Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang memiliki anak
• Pendapatan di bawah RM5000
2. KATEGORI BUJANG
• Belum berkahwin
• Ibu bapa tunggal / janda / balu / duda yang tidak memiliki anak
• Berumur di antara 21 sehingga 59 tahun
• Berpendapatan di RM2500 dan ke bawah
TARIKH KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU BKM
Tarikh kemaskini dan permohonan BKM sudah berlangsung dari awal Januari sehingga hujung bulan Januari 2022.