KWSP Umum Pengeluaran Khas RM10,000

ADMIN PIAN

Table of Content



Untuk pengetahuan semua, kerajaan telah membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 untuk para pencarum.

BUTIRAN PENUH PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS

Terkini, KWSP telah mengumumkan cara untuk mengeluarkan RM10000 bagi memudahkan permohonan para pencarum. para pencarum KWSP boleh membuat permohonan melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Untuk makluman, permohonan ini hanya terbuka kepada ahli yang
• berumur 55 tahun ke bawah
• pembayaran akan dibuat secara one-off
• dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli

Untuk makluman, pengeluaran khas ini akan bermula pada 1 April 2022 dan akan ditutup pada 30 April 2022.

Untuk semakan status pula akan bermula pada 9 April 2022 manakala pembayaran pula pada 20 April 2022.

CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, ianya hanya boleh dilakukan melalui portal khas yang akan disediakan kelak oleh pihak KWSP pada 1 April.


PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN

Bagi melancarkan proses permohonan dan pembayaran anda, pemohon hendaklah memastikan

• Nombor telefon bimbit adalah yang terkini berdaftar dengan KWSP
• Baki simpanan KWSP disemak
• Nombor akaun bank aktif
• Akaun adalah atas nama ahli dan bukan bersama atau pun akaun syarikat.


JUMLAH PENGELUARAN

Minimum pengeluaran adalah RM50 manakala maksimum adalah RM10000.

Ad Code

Ad Space