Dua Bantuan Besar Yang Akan Dibayar Pada April 2022

ADMIN PIAN

Table of Content


Selain daripada bantuan Pengeluaran Khas pada April yang lepas, terdapat ada lagi insentif yabg disediakan oleh kerajaan semasa aidilfitri ini.


DUA BANTUAN BESAR

Terdapat dua bantuan yang akan dibayar pada tarikh yang sama iaitu 25 April 2022.

Bantuan ini diberikan untuk tujuan membantu sebilangan rakyat membeli barang keperluan sempena hari raya Aidilfitri.


1) BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Pihak kerajaan menyediakan bonus tambahan sempena aidilfitri untuk setiap tahun sebanyak RM500 dan RM250 


SYARAT KELAYAKAN

Syarat Kelayakan untuk bantuan ini adalah
• Bantuan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah
• Bantuan RM500 turut diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak Perkhidmatan dan kontrak Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MyStep.
• Bantuan RM250 diberikan kepada pesara penjawat awam.


TARIKH BAYARAN

Tarikh bayaran bantuan ini akan dilaksanakan pada 25 April menurut Perdana Menteri

2) BANTUAN BULAN MEI JKM DIAWALKAN

Manakala, bantuan kedua yang akan dibayar pada tarikh sama adalah bantuan bulan Mei Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk pengetahuan anda, bantuan JKM ini memang dibayar secara bulanan. Oleh hal yang demikian, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memaklumkan bahawa pembayaran untuk bulan Mei akan dipercepatkan.


TARIKH BAYARAN 

Tarikh bayaran JKM juga akan dilaksanakan 25 April 2022.

SENARAI BANTUAN BULANAN JKM

1. Bantuan Kanak - Kanak
2. Bantuan Anak Pelihara
3. Bantuan wargaemas
4. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
5. Bantuan Am Persekutuan
6. Bantuan Am Negeri
7. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
8. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar
9. Bantuan Latihan Perantis

Ad Code

Ad Space