Table of Content
Semakan permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh disemak pada 9 April yang lalu. Walaupun begitu, semakan status permohonan hanya dipaparkan ' permohonan anda diterima' dan 'permohonan tiada dalam rekod'.
Oleh yang demikian, bermula daripads 16 April semakan kembali status permohonan yang menyatakan permohonan diluluskan atau gagal telah mulai dipaparkan.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DILULUSKAN
Para pemohon perlu membuat semakan sekali lagi. Pada semakan kali ini, ia akan menyatakan bahawa 'Permohonan Anda Diluluskan'.
Kepada pemohon yang status permohonannya masih belum ads perubahan, anda perlu tunggu untuk beberapa hari lagi.
TARIKH BAYARAN DINYATAKAN
Selain daripada status permohonan, tarikh bayaran juga akan dipaparkan kelak. Oleh yang demikian, penerima tidak perlu menunggu lagi kenyataan mengenai tarikh pembayaran.
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN
1. Layari portal rasmi Pengeluaran Khas KWSP
2. Klik pada 'Semakan Status Permohonan'.
3. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
4. Klik semak status dan paparan status permohonan diberikan. Selesai.
AMAUN PENGELUARAN DAN KAEDAH BAYARAN
1. Amaun pengeluaran minimum adalah RM50 manakala maksimum adalah RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Sekiranya tidak mencukupi , maka akaun 1 akan digunakan.
2. Meninggal bagi sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun 1
3. Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
4. Bayaran Pengeluaran Khas ini akan diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.