Table of Content
BANTUAN KEWANGAN RM500
Untuk makluman anda,, terdapat sebuah bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikenali ssbagai Bantuan Orang Tua (BOT) ATAU bantuan kepada golongan warga emas.
Sejak 2021 yang lepas, pemberian skim ini telah dinaikkan daripada RM350 sebulan kepada RM500 sebulan setiap orang untuk membantu warga emas yang amat memerlukan.
JUMLAH BANTUAN
Berikut merupakan jumlah bantuan untuk bantuan ini
• RM500
Proses pembayaran bantuan ini adalah secara bulanan, jumlah tahunan bantuan ini adalah RM6000 untuk setiap warga emas yang layak menerimanya.
SYARAT KELAYAKAN
• Warganegara Malaysia
• Pendapatan semasa isi rumah tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
• Individu merupakan warga emas atau orang tua yang berusia 60 tahun dan ke atas
• Warga emas yang tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian atau kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma
• Mana-mana kes yang layak dipertimbangkan
CARA PERMOHONAN
Jika anda ataupun ibu bapa anda mempunyai kelayakan untuk memohon bantuan ini, sila hadir ke mana-mana pejabat atau cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan.
Bagi memudahkan urusan, sila hadir bersama dokumen berikut :
• Salinan kad pengenalan pemohon
• Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu bapa atau anak yang tinggal bersama
• Salinan sijil lahir anak / ahli keluarga yang tinggal serumah
• Mana-mana dokumen berkaitan