Bantuan Sara Diri Dan Kecemasan Sehingga RM700

ADMIN PIAN

Table of Content

Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah pakej bantuan yang diperkenalkan kepada rakyat Malaysia yang layak. Berikut merupakan butir mengenai bantuan tersebut.

Bantuan tersebut adalah sebuah bantuan kecemasan RM300 sehingga RM700 kepada rakyat yang berkelayakan.


BANTUAN SARA DIRI DAN KECEMASAN

Bantuan itu dikenali sebagai Bantuan Sara Diri dan Kecemasan daripada Yayasan Perak. Tujuan bantuan ini ditubuhkan adalah untuk meringakan beban rakyat yang berkelayakan.

Hal ini berikutan kenaikan yang telah terjadi termasuklah harga barangan dan makanan.

JENIS DAN PAKEJ BANTUAN

Pakej Bantuan Kecemasan
• Bantuan sebanyak RM300 sehingga RM1000 setahun mengikut musibah atau bencana

Pakej Bantuan Sara Diri
• Bantuan sebanyak RM700 setahun

SYARAT KELAYAKAN

• Pemohon berstatus kelahiran negeri Perak
• Pemohon dan ibu bapa lahir di luar negeri Perak tetapi telah bermastautin di Perak 10 tahun atau lebih
• Pendapatan isi rumah berjumlah RM5000 dan ke bawah sebulan
• Bantuan diutamakan kepada mahasiswa yang menetap di Perak

CARA MOHON

Sekiranya anda ingin membuat permohonan bantuan tersebut, boleh terus ke portal rasmi Yayasan Perak

Ad Code

Ad Space