APA ITU BKM TAMBAHAN
BKM Tambahan merupakan wang tambahan yang diberikan kepada beberapa kategori walaupun mereka sudah menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Bantuan Tambahan ini hanya layak kepada penerima BKM yang kategori
• Ibu/Bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan
• Warga emas yang mempunyai anak
JUMLAH BKM TAMBAHAN
Bantuan tambahan yang akan diberikan kepada 2 jenis kategori di atas adalah di antara RM300 sehingga RM500 sahaja
• Bantuan tambahan RM500 diberikan kepada kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak yang memenuhi syarat dan
• Bantuan tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak
Berikut merupakan jadual mengenai BKM tambahan
CARA SEMAK KELAYAKAN BKM TAMBAHAN
Untuk mengetahui sama ada anda layak, berikut merupakan cara semakan
1. Layari portal https://bkm.hasil.gov.my
2. Tekan log masuk MyBKM
3. Masukkan Nombor MyKad
4. Tekan butang semak
5. Pengesahan kata kunci keselamatan yang didaftarkan
6. Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan
7. Tekan log masuk
8. Tekan pada semakan status
Sekiranya pada bahagian BKM TAMBAHAN terdapat paparan RM300 atau RM500 itu bermaksud anda layak tapi jika tiada bermaksud anda tidak layak.
TARIKH BAYARAN
Pembayaran BKM akan dilaksanakan melalui 4 Fasa iaitu :
• Fasa 1 - Mac (Sudah Dibayar)
• Fasa 2 - Jun (Sudah Dibayar)
• Fasa 3 - September
• Fasa 4 - Disember
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai BKM, anda boleh hubungi
• Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747
• Hotline BKM MOF : 03-8882-4565 / 003-8882-4566
• e-Mel : bkm@treasury.gov.my