BANTUAN YANG BOLEH DIMOHON BULAN OGOS 2022
Salah satunya adalah bantuan yang salurkan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh merupakan bantuan tahunan yang diberikan oleh pihak RISDA untuk mengurangkan beban para pekebun yang kehilangan sumber pendapatan disebabkan musim tengkujuh yang melanda.
Bantuan ini disalurkan melalui 2 Fasa.
JUMLAH BANTUAN
Jumlah bantuan yang diberikan asalah sebanyak RM600. Walau bagaimanapun, pembayaran akan melalui 2 Fasa.
Oleh yang demikian, penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM300 untuk setiap fasa.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan bantuan ini dibuka sejak 5 Mei sehingga 15 September 2022.
Pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh adalah digalakkan membut permohonan secepat mungkin supaya pembayaran akan dilaksanakan lebih awal.
CARA PERMOHONAN
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dibuat melalui laman web rasmi RISDA
• http://pekebunkecil.risda.gov.my/utama
Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen penting bagi memudahkan proses permohonan. Anyara dokumen yang perlu disediakan ialah :
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Geran asal tanah dan salinan
3. Salinan buku akaun bank yang masih aktif
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan BMT ini:
1. PEKEBUN KECIL RISDA
• Warganegara Malaysia
• Pekebun Kecil
• Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
• Pemilik tanah yang sah
• Seorang penerima untuk 1 slot
2. PENOREH TAPI BUKAN PEMILIK
• Warganegara Malaysia
• Penoreh bukan pemilik tetapi berdaftar dengan RISDA
• Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
• Pengesahan pemilik tanah yang sah
• 1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja
• Mempunyai PAT-G