Bayaran Untuk Bantuan Tambahan BKM RM500 Telah Bermula

ADMIN PIAN

 


Table of Content


Penerima BKM yang layak akan berpeluang menerima bantuan tambahan BKM berdasarkan jenis kategori penerima terbabit. Walau bagaimanapun, ia hanya terbuka kepada beberapa jenis kategori sahaja.

APA ITU BKM TAMBAHAN

BKM Tambahan merupakan wang tambahan yang diberikan kepada beberapa kategori walaupun mereka sudah menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Bantuan Tambahan ini hanya layak kepada penerima BKM yang kategori 

• Ibu/Bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan

• Warga emas yang mempunyai anak

JUMLAH BKM TAMBAHAN

Bantuan tambahan yang akan diberikan kepada 2 jenis kategori di atas adalah di antara RM300 sehingga RM500 sahaja

• Bantuan tambahan RM500 diberikan kepada kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak yang memenuhi syarat dan 

• Bantuan tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak
Berikut merupakan jadual mengenai BKM tambahan



CARA SEMAK KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

Untuk mengetahui sama ada anda layak, berikut merupakan cara semakan
1. Layari portal https://bkm.hasil.gov.my
2. Tekan log masuk MyBKM
3. Masukkan Nombor MyKad
4. Tekan butang semak
5. Pengesahan kata kunci keselamatan yang didaftarkan
6. Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan
7. Tekan log masuk
8. Tekan pada semakan status
 
Sekiranya pada bahagian BKM TAMBAHAN terdapat paparan RM300 atau RM500 itu bermaksud anda layak tapi jika tiada bermaksud anda tidak layak.

TARIKH BAYARAN

Pembayaran BKM akan dilaksanakan melalui 4 Fasa iaitu :
• Fasa 1 - Mac (Sudah Dibayar)
• Fasa 2 - Jun (Sudah Dibayar)
• Fasa 3 - September 
• Fasa 4 - Disember

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai BKM, anda boleh hubungi
• Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747
• Hotline BKM MOF : 03-8882-4565 / 003-8882-4566
• e-Mel : bkm@treasury.gov.my


Ad Code

Ad Space