Nilai Bantuan JKM Telah Dinaikkan Pihak Kerajaan. Semak Sekarang!

ADMIN PIAN


Table of Content

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff telah membuat pengumuman berkenaan penerima bawah lima skim utama iaitu Skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Elaun Pekerja OKU (EPOKU) dan Bantuan Warga Emas (BWE).

“BKK (Kadar kenaikan) adalah daripada RM100 kepda RM150 bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM1000 sebulan satu keluarga, memberi manfaat kepada 65.599 keluarga miskin dan sebanyak RM165.53 juta peruntukan sudah disalurkan sehingga Jun lalu.

BANTUAN JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM telah ditubuhkan oleh kerajaan yang mempunyai tujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak bantuan yang disalurkan oleh pihak JKM kepada masyarakat 
yang layak.

Antaranya adalah bantuan kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan orang kurang upaya (OKU).

SENARAI BANTUAN

Berikut merupakan senarai bantuan yang ada :

  1. Bantuan Kanak-kanak
  2. Bantuan Orang Tua
  3. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar
  4. Bantuan Am Persekutuan
  5. Bantuan OKU Tida Upaya Bekerja
  6. Bantuan Anak Pelihara
  7. Bantuan Latihan Perantis
  8. Bantuan Geran Pelancaran
  9. Bantuan Alat Sokongan
  10. Elaun Pekerja Cacat
  11. Tabung Bantuan Segera
 
Pelaksanaan bantuan kebajikan ini adalah sejajar dengan Senarai Rasmi Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3.

 

CARA PERMOHONAN 

Jika anda berminat untuk memohon, berikut merupakan caranya :

1) Membuat permohonan secara online

• Layari laman web rasmi JKM
• Klik butang daftar permohonan dalam talian
• Baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi
• Isi dengan lengkap kedua-dua bahagian A dan B
• Jika selesai, klik ‘keputusan’.
 
2) Hadir ke Pejabat 

• Pemohon ataupun wakil hendaklah hadir ke mana-mana pejabat atau kaunter JKM berdekatan mengikut daerah yang sudah anda mohon di langkah 1.
• Hadir sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari daripada permohonan online
• Hadir bersama borang permohonan pendaftaran. MUAT TURUN DI SINI
• Bawa bersama beberapa dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan dan penyata pendapatan.

Ad Code

Ad Space