Bantuan Khas Sebanyak RM 700 Akan Dibayar Dalam Masa Terdekat

ADMIN PIAN
Table of Content
  1. Bantuan Khas RM 700
  2. Tarikh Bayaran Bantuan Aidilfitri
  3. Kategori Yang Layak
  4. Jumlah Bayaran 
  5. Cara Bayaran


Untuk makluman anda, terdapat satu bantuan khas yang disediakan oleh kerajaan yang akan dibayar dalam masa yang terdekat ini. Jumlah bantuan khas tersebut adalah sebanyak RM 700. 

Seperti yang kita tahu, tidak ramai rakyat yang hidup senang pada ketika ini. Oleh yang demikian, bantuan daripada pihak kerajaan ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

BANTUAN KHAS RM 700

Terdapat sebuah bantuan khas kewangan yang akan disalurkan kepada rakyat untuk persediaan Hari Aidilfitri pada bulan ini.

Bantuan khas ini diberikan kepada penjawat awam dan pesara/veteran kerajaan.

Tambahan lagi, bantuan ini telah diumumkan semasa pembentangan Bajet 2023 untuk mrnghargai jasa mereka yang dulunya seorang penjawat awam.

TARIKH BAYARAN BANTUAN AIDILFITRI

Berdasarkan Surat Edaran Perkhidmatan Awam pada 23 Mac lepas, telah dinyatakan bahawa Bantuan Khas Kewangan ini telah mul dikreditkan pada 17 Mac yang lalu.

KATEGORI YANG LAYAK

Terdapat dua jenis kategori yang layak menerima bantuan khas ini dengan jumlah yang berbeza.

KATEGORI SATU
  • Semua penjawat awam Kumpulam Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak
KATEGORI DUA 
  • Pesara kerajaan atau veteran kerajaan

BAYARAN BANTUAN

RM 700
  • Layak kepada semua penerima yang berada dalam kategori satu iaitu penjawat awam Gred 56 ke bawah.
RM 350
  • Manakala bantuan RM 350 layak kepada pesara kerajaan dan veteran kerajaan.

CARA BAYARAN

Bayaran bantuan bagi bantuan khas ini akan dikreditkan terus kepada individu yang layak secara automatio ke akaun bank masing-masing.

Ad Code

Ad Space