Fasa Pertama STR Tahun 2024: Periksa Sekarang. Pada bulan Oktober yang lalu, Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, telah mengumumkan Belanjawan 2024. Berbagai inisiatif bantuan kerajaan telah diumumkan untuk rakyat.
Salah satunya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, yang jumlahnya akan ditingkatkan hingga RM3700.
Table of Content
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024
Hari ini merupakan hari di mana pembentangan Belanjawan 2024 peringkat persekutuan berlaku.
Salah satu inisiatif yang diumumkan berkaitan dengan STR 2024. Menurut Perdana Menteri, pihak kerajaan telah meningkatkan jumlah peruntukkan STR 2024 dari RM8 bilion kepada RM10 bilion.
JUMLAH STR 2024
Seperti yang sudah diketahui, pembayaran maksimum STR 2023 telah ditingkatkan kepada RM3700, termasuk Sumbangan Asas Rahmah.
Namun, bukan semua kategori akan menerima jumlah yang sama. Pembayaran berbeza mengikut kategori masing-masing, seperti STR 2023.
TARIKH BAYARAN
Pembayaran fasa pertama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 dijadualkan bermula seawal bulan Februari.
JUMLAH BAYARAN FASA 1
Sehingga kini, pihak kerajaan belum mengeluarkan perincian mengenai jumlah bayaran bagi setiap fasa.
Namun, yang pasti, jumlah bantuan maksimum termasuk bantuan SARA bulanan adalah RM3,700.
PERMOHONAN DAN KEMASKINI
Untuk pengetahuan anda, permohonan baru dan pengemaskinian maklumat (jika ada) boleh dilakukan mulai 1 November 2023 melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).