Program I-Suri Untuk Pengeluaran KWSP RM480

ADMIN PIAN
Pengeluaran Khas KWSP Melalui i-Suri RM480. KWSP menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan pencarum mendapat manfaat daripada sumbangan mereka.

Sebagai contoh, pencarum boleh menarik sebahagian atau keseluruhan jumlah berdasarkan keperluan kelayakan.

Selain itu, terdapat juga sebuah program KWSP yang dikenali sebagai i-Suri yang menawarkan manfaat RM 480.
Program I-Suri Untuk Pengeluaran KWSP RM480

Table of Contents


PROGRAM KWSP RM 480

Melalui program i-Suri KWSP, pencarum layak menerima insentif RM 480. Melalui program istimewa ini terdapat pelbagai manfaat dan faedah yang boleh diperolehi oleh rakyat Malaysia.

Program khas ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang merupakan suri rumah yang menyumbang kepada KWSP.

MANFAAT I-SURI KWSP

Manfaat utama di bawah program i-Suri ini adalah menerima insentif tambahan KWSP berjumlah RM 480.

Selain itu, mereka juga boleh membuat sumbangan mengikut kemampuan semasa pada bila-bila masa.

Automatik layak menerima khairat kematian RM 2,500.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan berikut telah ditetapkan untuk pendaftaran program i-Suri KWSP.

Terbuka untuk Warganegara Malaysia.
Individu berumur 60 tahun dan ke bawah sahaja.
Kumpulan suri rumah yang berdaftar dengan e-Kasih.
Membuat sumbangan sekurang-kurangnya RM 5 sebulan, bersamaan RM 60 setahun.

Nota: Pemohon hanya boleh memilih salah satu insentif iaitu i-Suri atau i-Saraan.

CARA PERMOHONAN

Sekiranya berminat untuk menyertai program i-Suri KWSP ini, sila buat pendaftaran melalui portal rasmi KWSP yang disediakan di bawah.

Pemohon dikehendaki menyediakan dokumen yang diperlukan dan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman web berikut:

Tags

Ad Code

Ad Space