Banyak yang masih tidak tahu bahawa JKM memberikan bantuan kewangan bulanan kepada mereka yang layak.
Terdapat pelbagai jenis bantuan kewangan yang boleh anda mohon, bermula dari golongan kanak-kanak, warga emas, anak angkat, dan lain-lain.
BANTUAN AM NEGERI
Sebuah bantuan bulanan dikenali sebagai Bantuan Am Negeri yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bantuan ini berbeza dari bantuan bulanan lain seperti bantuan kanak-kanak, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU).
OBJEKTIF BANTUAN
Bantuan ini diberikan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan untuk memastikan keberlanjutan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
JUMLAH BANTUAN
Bagi mereka yang ingin tahu berapa jumlah bantuan yang diberikan, berikut adalah jumlah Bantuan Am Negeri:
Minimum RM 100 sebulan bagi setiap individu dan maksimum RM 350 bagi setiap keluarga.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon Bantuan Am Negeri ini:
1. Warganegara dan menetap di Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur, Labuan).
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak termasuk dalam skim bantuan bulanan JKM lain.
4. Kes-kes yang layak akan dipertimbangkan.
CARA PERMOHONAN
Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas dan menetap di Wilayah Persekutuan, sila kunjungi mana-mana cawangan atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).