Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan bantuan yang berskala besar.
Hal ini diperkatakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. Walau bagaimanapun, perkara yang dikongsikan tidaklah menjurus terus kepada bentuk atau pun nilai bantuan dan tarikh pengumuman rasmi.
Menurutnya lagi, Beliau tidak mahu mendahului kerana PM sendiri yang akan mengumumkan keputusan rasmi kelak.
Khairy menjelaskan perkara ini ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Tan Sri William Cheng berkenaan usaha membantu para peniaga yang terjejas ketika pandemik covid 19 ini.
30 Mei lalu juga, PM ada mengumumkan bahawa RM40 billion pakej bantuan untuk rakyat berdepan dengan perintah sekatan penuh. Kerajaan juga telah melancarkan beberapa pakej lain seperti bantuan ekonomi dengan nilai keseluruhan mencecah sebanyak RM340 billion.
Semoga berita yang menggembirakan ini sedikit sebanyak dapat memanfaatkan rakyat yang memerlukan. Teruslah setia menunggu pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri kelak.