Adakah Anda Layak Memohon I-Citra? Semak Sekarang!

ADMIN PIAN
Seperti yang sedia maklum, permohonan I-Citra akan dibuka tidak lama lagi. Bantuan baharu ini menjadi buah mulut orang ramai pada masa ini. Ramai yang masih tertanya-tanya adakah mereka layak untuk memohon.

Oleh yang demikian, demi menjawab persoalan rakyat, KWSP mengeluarkan artikel berkenaan dengan kelayakan untuk memohon I-Citra.

SYARAT KELAYAKAN
individu boleh memohon I-Citra jika :

1. Ahli KWSP belum mencapai umur 55 tahun
2. Ahli KWSP bukan warganegara dan pemastautin tetap juga dapat memohon.
3. Permohonan akan diluluskan jika terdapat sekurang-kurangnya RM150 jumlah simpanan.
4. Anggota perkhidmatan awam juga dibenarkan memohon jika memilih skim pencen.

SOALAN LAZIM
1) Berapakah amaun pengeluaran yang boleh dikeluarkan?
- Maksimum RM5000 sahaja

2) Mengapa RM5000 sahaja?
- Untuk membantu ahli menampung kelangsungan hidup dan pada masa yang sama mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

3) Bilakah permohonan boleh dibuat?
-15 Julai hingga 30 September 2021

Ad Code

Ad Space