Pengumuman mengenai bantuan kehilangan pendapatan ini telah lama diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu pada Mac lepas.
Bantuan itu dipercayai sebagai bantuan tambahan kepada rakyat sewaktu pandemik Covid-19.
Bantuan ini telah ditangguhkan dam diganti dengan BPR tambahan.
BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN
Semasa pengumuman PEMULIH lepas, Perdana Menteri kembali menyuarakan tentang bantuan kehilangan pendapatan.
Bantuan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah kehilangan pendapatan atau kehilangan pekerjaan dalam tempoh pandemik ini. Difahamkan bantuan ini dapat memanfaatkan sehingga 1 juta ahli.
Jumlah bantuan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh hari adalah sebanyak RM500 seorang. Pembayaran ini akan dilakukan secara one-off.
SYARAT KELAYAKAN
Tiada syarat kelayakan rasmi yang dikeluarkan setakat ini. Walau bagaimanapun, jika syarat kelayakan adalah sama dengan bantuan yang diumumkan pada Mac lepas, berikut adalah syarat kelayakannya.
1. Penerima bantuan adalah untuk mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun.
2. Bantuan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial.
TARIKH PEMBAYARAN
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri,
- Rakyat layak menerima bantuan tersebut bermula Ogos 2021.
-Pembayaran adalah secara berperingkat.
Jika ingin mendapatkan maklumat, kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri tempoh hari.
SUMBER : Buletin TV3 ( YOUTUBE )