Pembayaran pertama bagi I-Citra dilakukan seawal 2 Ogos 2021. Tarikh ini adalah tarikh yang sangat dinanti-nantikan oleh para pemohon. Hal ini demikian kerana, pengeluaran sehingga RM5000 ini sedikit sebanyak dapat membantu kita yang memerlukan semasa pandemik Covid-19 ini.
PEMBAYARAN BULAN OGOS I-CITRA
Perkara ini amat dinanti-nantikan oleh para pemohon. Sebagai makluman dan peringatan, pembayaran I-Citra ini akan dilaksanakan maksimum sehingga 5 bulan dan RM5000 mengikut jumlah simpanan anda pada akaun 1 dan 2.
JADUAL PEMBAYARAN
Daripada semakan yang telah dibuat, Pembayaran I-Citra pertama bermula 2 Ogos 2021. Untuk pengetahuan semua, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat seperti mana yang dilaksanakan untuk I-Sinar dan I-Lestari dahulu.
CARA SEMAKAN
Berikut adalah cara membuat semakan status pembayaran :
1) Semak Melalui laman rasmi I-Citra
- Anda perlu layari web rasmi https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
- Masukkan maklumat yang berkaitan
- Status kelulusan dan pembayaran akan dipaparkan.
2) Semak Melalui i-Akaun
- Langkah ini hanya boleh dilakukan oleh penerima yang mempunyai I-Akaun
- Buka aplikasi I-Akaun atau layari laman web rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
- Daftar masuk id & kata laluan
- Klik dan Semak pada bahagian PENGELUARAN
- Kemudian klik withdrawal history.
- Klik di paparan I-Citra
- Tarikh bayaran dipaparkan.